Hikmah memberi salam =)
Asalamualaikum…
Terdapat banyak hikmah yang Allah SWT letakkan disebalik
salam. Sebab itu terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi
dan menjawab salam. Antaranya ialah:
Nabi Muhammad (صلى
الله عليه وسلم) pernah bersabda;
“Demi Tuhan yang diriku di dalam
kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu
tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan
kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan
berkasih mesara?”
Para sahabat baginda menjawab;
“Belum Wahai Rasulullah (صلى الله عليه
وسلم)”
Kemudian Rasulullah (صلى
الله عليه وسلم) pun menerangkan:
“Kembangkanlah memberi salam di
antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi
mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam
hadis;
“Apabila seseorang Islam itu memberi
salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat
untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
Begitu juga dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa
sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini
dinyatakan didalam hadis;
“Tiadalah daripada dua orang Islam
yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum
mereka berpisah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)
![]() |

No comments:
Post a Comment