Asalamuailaikum .. happy reading all =)

Sunday, May 25, 2014

MEREKA

Seperti tajuk diatas.. selama aku berada di UTHM tercinta ni  hampir 2semester aku bersama mereka banyak aku cuba fahami dan kenali mengenai perangai mereka berempat BUT apa-apapun semakin kita meningkat usia yang matang seharusnya kita kena cuba terima kelemahan,keburukan seseorang tu.WELL aku cukup tak suka nak berkawan dengan budak bongsu But then untuk selama 3tahun ni aku akan berkawan dengan mereka mereka yang bongsu.Pada mulanya,aku rasa agak kelakar bayangkan dalam kami berlima aku yang paling gediksss sekali,n yet kegedikan ku ni la kekadang mewarnai gelak tawa mereka..Aku bersyukur dipertemukan dengan kalian,terima kasih diatas kesudiaan mewarnai kehidupanku di UTHM.Perangai mereka yang bermacam-macam,kami saling melengkapi kekurangan dan menutupi kekurangan yang ada itu.TIPU kalau aku kata pada awalnya ada sikap mereka yang aku tak suka tapi bile kita niat kan untuk menyayangi sahabat kita itu kerana Allah swt in sha Allah kita MAMPU dan BOLEH atasi rasa annoying sikap mereka.Azeela, orang utara youuu,orangnya manis,sesorang yang cuba untuk memuaskan kehendak sahabatnya,kuat menyembang,seorang yang pelupa jalan,selamba land,sometimes pandai memujuk,menyembunyikan kesedihan disebalik hening mata yang redup. Rokiah,datangny ke UTHM dari terengganu,kecik molek orangnya maybe antara yang terkurus dikalangan kami,sesorang yang pendiam ke? bole laaa,mudah memahami,mempunyai skeping hati yang kecil,kecil2 dia trdapat kekuatan n keberanian dlm diri dia,pe yang best selalu nak layan jadi  Baby jem n layan gossip2 dengan I,hahaha.Afiqah,orang KEYell yang dh sekarang jadi orang nilai,sahabat aku yang sorang ni agak laa manja compare to others,suke buat kecomelan dia tu,mudah sensitif but how sekarang mungkin cuba adopt dengan perangai aku yang jenis kalau nak tegur ke selamba land je.I know kekadang yang pahit tuk diluahkan itu lebih sukar dari memendam.kalau dia stress ke takde mood tak best sebab dia buat muka monyok yang nak kena dipaksa senyum.N lagi satu klu dia sakit,cian sangat tengok sesangat lemah dibuatnya.Last but not least,Norida.budak ni cute k,sama tinggi dengan aku selalu tak sekepala dengan aku tapi aku rapat dengan dia.Pelik k? kekadang selisih paham banyak tapi we still n masih friend.kalau tegur pun still masih nak pertahankan pendapat dia boleh tahan kepala batu.seorang yang mementingkan kekemasan kerja memang kontra dengan aku,aku kerja asal siap dah la tapi dia ni walaupun nerdy ckitla still aku suke 1group dengan dia.Paling berani antara kami,maybe dia dah biasa berdikari mungkin.SATU aku tak suka kalau berbalas pendapat dengan dia konform aku kalah..grrr k part ni aku tak suka nak tulis tapi itu hakikat.
Well banyak kan perbezaan perangai dorng yang ni yang kontra dengan aku,TAPI kerana Allah swt telah kata "ada sebab Allah hadirkan seseorang dalam kehidupan kita,samaada dia mengubah hidup kita atau kita yang mengubah hidup dia"  . aku cuba amalkan niat aku sayang n kasih akan mereka ni kerana Allah perlahan-lahan aku mampu terima kekurangan k kelemahan perangai mereka seperti mana mereka bersabar dengan perangai kebudak-budakan aku ni.Aku bahagia dengan takdir Allah,Terima Kasih Allah atas kesudian-MU pertemukan kami berlima.


buat kalian:Noridahasran,Nurafiqahmohdtarmizi,Sitirokiahmohd,Nurulazeelaadihamdaziz.
seandainya post ini menguris hati kalian maaf Syuhada pinta tapi ini la luahan n pandangan dari seorang sahabat kalian yang suka bersastera.hehe ^_^


No comments:

Post a Comment